SILA KE FACEBOOK SMKRL PHOTO DAN KLIK 'LIKE'

SEBARANG KOMEN YANG MEMBINA BEGITU DIALU-ALUKAN

SEJARAH SEKOLAH

SEJARAH RINGKAS SMK RAJA LUMU, 
PELABUHAN KLANG

Nama sekolah mengambil nama Jalan Besar yang berhadapan dengan sekolah. Nama sekolah ini telah diberi nama Sekolah Menengah Raja Lumu sempena Sultan Negeri Selangor yang pertama .

Kawasan sekolah ini ialah bekas lapangan terbang untuk tentera Udara Australia. Pada masa Perang Dunia Kedua ia telah digunakan oleh Tentera Jepun untuk dijadikan markas mereka.

Pada mulanya bangunan sekolah ini dicadang dijadikan Sekolah Jenis Ke-bangsaan (Tamil), Simpang Lima, Klang tetapi oleh kerana kedudukannya tidak sesuai ia telah dijadikan Asrama Putera Sekolah Tengku Ampuan Rahimah Klang. Apabila Sekolah Tengku Ampuan Rahimah Klang telah mempunyai bangunannya sendiri, bagunan ini telah dijadikan Asrama Putera Sekolah Tengku Ampuan Jemaah Pelabuhan Klang untuk pelajar-pelajar yang tinggal di Pulau Lumut.

Pada 01hb Januari 1982, Sekolah Menengah Raja Lumu telah ditubuhkan En. Mohd Nor b. Taib telah dilantik menjadi Guru Besar yang pertama, Pn. A. Selvaratnam sebagai Guru Kanan dan Pn. S.S. Sthipam sebagai penyelia.

Pada mulanya sekolah ini terdiri daripada satu blok bangunan dua tingkat yang mengandungi enam buah bilik darjah, sebuah makmal Sains Paduan, sebuah perpustakaan, pejabat dan sebuah bilik Guru. Kebanyakan murid yang berjumlah 211 orang datangnya dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (China), Pandamaran A dan B dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Tamil), Pelabuhan Klang.

Encik Mohamad Anshar bin Haji Nawi telah dilantik menjadi Penyelia sejak tahun 1984. Encik Mohd Nor bin Taib telah bersara sebagai Guru Besar pada 11hb April 1985. Guru Penolong Kanan sekolah ini iaitu Encik Tan See Hang telah dilantik menjadi Pemangku Guru Besar.

Pada tahun 1983, sebuah bangunan kilat telah didirikan, kerana bilangan murid- murid sekolah ini semakin bertambah.

Pada 02 Mei 1983, Persatuan Ibubapa dan Guru sekolah ini telah ditu-buhkan.En. Oo Thiang Shiang telah memegang jawatan sebagai Pengerusi sejak ia ditubuhkan. Jawatan Setiausaha pula telah dipegang oleh En. Bassari bin Mat Aral (1983-1989). En. Mohd Anshar bin Haji Nawi ( 1984 – 1985 ), En. Wong Chin Kin ( 1986 – 1987 ), En. Tahsim bin Sayod ( 1987 – 1989 ).

Pada bulan Ogos 1984 bangunan serba lengkap telah mula didirikan oleh Kementerian Pelajaran dan digunakan pada awal penggal kedua tahun 1985. Bangunan ini terdiri daripada dua blok bangunan tiga tingkat satu blok satu tingkat yang mengandungi 17 buah bilik darjah, 3 buah bilik Makmal Sains Paduan, sebuah bilik masakan, sebuah bilik jahitan, sebuah bilik perpustakaan, sebuah bilik sumber, sebuah surau, Pejabat, sebuah bengkel seni perusahaan, bilik guru dan bilik mesyuarat