SILA KE FACEBOOK SMKRL PHOTO DAN KLIK 'LIKE'

SEBARANG KOMEN YANG MEMBINA BEGITU DIALU-ALUKAN

BENGKEL KHIDMAT BANTU PSS DAN ICT PKG PELABUHAN KLANG
Pada 9 Mac sehingga 11 Mac 2011 yang lalu pihak PKG Pelabuhan Klang telah menganjurkan program Bengkel Khidmat Bantu ke 2 buah sekolah ahlinya iaitu SK(1) Tengku Bendahara Azman dan juga SMK Raja Lumu. Program khidmat bantu di SK(1) TBA dijalankan dalam membantu Pusat Sumber Sekolah berkenaan dalam menaiktaraf atau memperkemaskan lagi PSS tersebut.Ia nya melibatkan 15 guru PSS sekitar sekolah Pelabuhan Klang yang diketuai oleh Pn. Junaidah Bt. Kamin dari SMK(P) Raja Zarina.

Manakala program khidmat bantu di SMK Raja Lumu pula melibatkan Pusat Sumber Sekolah dan juga khidmat bantu penyelenggaraan peralatan komputer di makmal sekolah, makmal sains sekolah dan juga Laptop PPSMI. Di SMK Raja Lumu Pusat Sumber Sekolah telah sepenuhnya diberi khidmat bantu dari segi dokumentasi dan juga perubahan fizikal yang amat ketara di bawah pimpinan Puan Rohaya Bt Mohd Dahalan dari SMK Dato Hamzah. Ia juga melibatkan juga 15 orang guru PSS sekolah ahli PKG selain dibantu oleh guru-guru SMK Raja Lumu, pekerja sekolah dan juga pelajar-pelajar yang amat berdedikasi dalam menjayakan program ini. Bagi khidmat bantu penyelenggaraan ICT pula telah disertai seramai 5 orang Juruteknik Komputer (FT) sekolah ahli dan juga Juruteknik Komputer PKG yang amat berdedikasi dan komited dalam memberikan yang terbaik terhadap mutu kerja mereka.
 
Akhir sekali, program yang dianjurkan ini amat mencapai matlamat dan sasaran pihak PKG yang bersungguh-sungguh dalam membantu sekolah-sekolah ahli. Program seperti ini juga diharapkan dapat memupukdan memberi pengalaman baru kepada peserta terutamanya guru-guru PSS yang baru dalam mentadbir sesebuah Pusat Sumber mahu pun Makmal Komputer. Sekali lagi ucapan TERIMA KASIH tak terhingga kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan program  ini. Semoga kita terus maju dan sukses pada masa hadapan.