SILA KE FACEBOOK SMKRL PHOTO DAN KLIK 'LIKE'

SEBARANG KOMEN YANG MEMBINA BEGITU DIALU-ALUKAN

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PELAJAR CEMERLANG PMR 2011


Tema Hari Kemerdekaan ke 54 Tahun 2011 &

Sambutan Hari Kemerdekaan Tahun 2011 

 Setiap tahun Negara kita, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan pada setiap 31hb Ogos. Namun pada tahun ini Sambutan Hari kemerdekaan ke 54 pada tahun 2011 akan ditunda ke tarikh 16hb September dimana ianya akan diadakan serentak dengan Hari Malaysia.

Menurut sumber dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Ianya adalah disebabkan tarikh kemerdekaan pada tahun ini jatuh pada penghujung Ramadan.
Lokasi sambutan hari Kemerdekaan ke 54 pada tahun ini belum lagi ditetapkan tetapi berkemungkinan akan diadakan di Dataran merdeka.
Tema Hari Kemerdekaan ke 54 tahun 2011 adalah:

“1Malaysia : Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera”

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMKRL -
KHAMIS, 16 JUN 2011


Kejohanan Sukan Tahunan SMKRaja Lumu 2011 telah berlangsung pada hari Khamis , 16 Julai 2011 yang lalu. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama membantu kelancaran bagi semua acara pada hari tersebut

LARIAN SERENTAK 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

SEKOLAH MENENGAH EKBANGSAAN RAJA LUMU

PELABUHAN KLANG

TARIKH : 2 JULAI 2011 (SABTU)

MASA: 7.45 PAGI



PERKHEMAHAN UNIT KOKURIKULUM SMKRL
TARIKH     :    27 MEI - 29 MEI 2011
TEMPAT    :    ULU BENDUL NEGERI SEMBILAN

Unit Kokurikulum Sek Men Keb Raja Lumu, Klang telah mengadakan perkhemahan di Ulu Bendul Negeri Sembilan selama 3 hari 2 malam. Perkhemahan ini telah disertai oleh 80 orang murid daripada tingkatan peralihan hingga ke tingkatan lima.Selain Sek Men Keb Raja Lumu, perkhemahan ini juga turut disertai oleh Sek Men Keb Sri Andalas Klang. Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua yang terlibat...




 
HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 
16 MEI 2011

Selamat Hari Guru diucapkan kepada warga guru SMKRL
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA

BENGKEL KHIDMAT BANTU PSS DAN ICT PKG PELABUHAN KLANG
Pada 9 Mac sehingga 11 Mac 2011 yang lalu pihak PKG Pelabuhan Klang telah menganjurkan program Bengkel Khidmat Bantu ke 2 buah sekolah ahlinya iaitu SK(1) Tengku Bendahara Azman dan juga SMK Raja Lumu. Program khidmat bantu di SK(1) TBA dijalankan dalam membantu Pusat Sumber Sekolah berkenaan dalam menaiktaraf atau memperkemaskan lagi PSS tersebut.Ia nya melibatkan 15 guru PSS sekitar sekolah Pelabuhan Klang yang diketuai oleh Pn. Junaidah Bt. Kamin dari SMK(P) Raja Zarina.

Manakala program khidmat bantu di SMK Raja Lumu pula melibatkan Pusat Sumber Sekolah dan juga khidmat bantu penyelenggaraan peralatan komputer di makmal sekolah, makmal sains sekolah dan juga Laptop PPSMI. Di SMK Raja Lumu Pusat Sumber Sekolah telah sepenuhnya diberi khidmat bantu dari segi dokumentasi dan juga perubahan fizikal yang amat ketara di bawah pimpinan Puan Rohaya Bt Mohd Dahalan dari SMK Dato Hamzah. Ia juga melibatkan juga 15 orang guru PSS sekolah ahli PKG selain dibantu oleh guru-guru SMK Raja Lumu, pekerja sekolah dan juga pelajar-pelajar yang amat berdedikasi dalam menjayakan program ini. Bagi khidmat bantu penyelenggaraan ICT pula telah disertai seramai 5 orang Juruteknik Komputer (FT) sekolah ahli dan juga Juruteknik Komputer PKG yang amat berdedikasi dan komited dalam memberikan yang terbaik terhadap mutu kerja mereka.
 
Akhir sekali, program yang dianjurkan ini amat mencapai matlamat dan sasaran pihak PKG yang bersungguh-sungguh dalam membantu sekolah-sekolah ahli. Program seperti ini juga diharapkan dapat memupukdan memberi pengalaman baru kepada peserta terutamanya guru-guru PSS yang baru dalam mentadbir sesebuah Pusat Sumber mahu pun Makmal Komputer. Sekali lagi ucapan TERIMA KASIH tak terhingga kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan program  ini. Semoga kita terus maju dan sukses pada masa hadapan.








MERENTAS DESA 

SMKRL
28 JANUARI 2011